Bisikan

Monday, 4 November 2013

CERBISAN LUKA DI HA

p/s : hanya sekadar cerita semata-mata.



MR. PROMISE

Mr.promise...maafkan aku kerna aku tak mampu lupakan kau. bukan aku tak cuba, tapi hakikatnya ia sangat sukar. bukan juga aku tak redha atas perpisahan ini, namun hakikatnya hati ini kuat mengatakan "JANGAN PERGI!!!!" En.janji...bohong kalau aku katakan aku tidak rasa sakit apabila persahabatan kita dah tak macam dulu lagi. tapi kerna satu sebab kita boleh rengang. hanya kerana DIA..ya kerna DIA "CINTA" DIA yang sering pisahkan kita, DIA juga yang buat kita tak mampu bertegur sapa. semuanya kerna DIA!!!! kenapa mesti DIA hadir disaat kita merasa manisnya persahabatan??? DIA tak diundang sama sekali dalam hubungan kita. hanya kerna DIA aku kehilangan En.janji. hanya kerna DIA aku kehilangan sahabatku. pergilah "CINTA" pergilah jauh-jauh. jangan KAU ganggu kami lagi. aku mahukan sahabatku semula. En.janji...bukan aku tak cuba halau "CINTA" dari kita, Tapi "CINTA" ini terus-terusan datang menganggu aku. dan aku sendiri tak tahu kenapa aku merasai ini semua. kerna "CINTA" air mata aku mudah berguguran. kerna "CINTA" semangat aku mudah hilang. Ya Allah!! ampuni dosaku dan kuatkan iman ku serta damaikan hati ini ya Allah...En.janji...saat kau lafazkan "saya minta maaf..saya tak dapat terima perasaan itu". aku tahu bahawa itu yang akan aku dengar dari mulut En.janji. aku cuba redha dengan semua ini, namun aku tetap kalah juga dengan air mata ini. mulai saat itu aku cuba jauhkan diri dari En.janji. Ye!!! aku malu sangat-sangat. malu dengan diri sendiri, malu dengan sahabat aku dan yang paling penting aku malu dengan Kekasih aku "Allah". aku malu kerna aku gagal jaga hati ini dengan sebaiknya. aku gagal jaga hati ini untuk dimiliki oleh yang benar-benar ditetapkan untuk ku. macam mana aku boleh kalah dengan perasaan ini?? bukan sekali aku diuji begini dan yang pasti aku mampu halangi ujian ini. tapi kali ini aku tewas...aku tewas ya Allah. setelah lamanya kami menyepi dan pada saat2 yang berlalu hati aku terlalu sakit..aku cuba tahan kesakitan ini, tapi kenapa aku rasa lemah ya Allah?? kenapa hanya DIA yang ada difikiran ini?? kenapa mesti DIA yang sering hadir dalam mimpiku?? dan mengapa hanya DIA yang sering bermain di mulut teman-temanku mengatakan yang kami serasi bersama?? sedang hakikatnya sudah jelas DIA bukan untuk ku dan AKU bukan untuknya.. aku dah penat untuk lari dari ini semua.. "ya Allah.. jika DIA benar bukan jodohku maka bantulah aku untuk melupakan nya dan damaikan hati ini". ini doaku hari-hari. tapi mengapa? mengapa yang terjadi adalah sebaliknya? kenapa hati ini makin kuat dengannya? mengapa hati ini masih degil untuk menerima hakikat kami tak kan bersama? kenapa? sakit dan perit nya hati ini hanya Allah yang tahu.. bagaimana aku boleh berhadapan dengannya dengan wajah yang begitu tenang sedangkan hati ini menyatakan kesakitan yang teramat perit. banyak kenangan aku dengan nya. dan sekarang DIA akan pergi lagi. sekali lagi DIA akan pergi dari ku ya Allah! dan semoga pemergian kali ini dia akan bawa semua kenangan aku bersamanya. agar aku tak rasai lagi kesakitan ini. penat menahan sakit sendirian En.janji... pergilah... berbekalkan doaku disini. semoga KAU bahagia walau dimana Kau berada. sejujurnya doaku sentiasa ada untukmu. permintaan yang terakhir.. izinkan aku coretkan kisah kita bersama dan dijadikan sebuah novel agar kenangan kita tak akan pernah hilang. sungguh.. kenangan bersamamu adalah yang terindah dan sunggu melaluimu Allah turunkan kekuatan padaku untuk menreuskan jalan mujahaddah ini. pergilah.... jangan bimbang akan aku disini. sunggu Allah sedang merancang yang terbaik untuk ku...

No comments:

Post a Comment